AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.
DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAKDi bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.
Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan
KATEGORI TASKASeksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :
1. TASKA Di Institusi
· Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2. TASKA Di Tempat Kerja
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3. TASKA Komuniti
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
· Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4. TASKA Di Rumah
· Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
· Dijalankan di kediaman sendiri
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.
2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
· Pihak Berkuasa Tempatan
· Jabatan Bomba dan Penyelamat
· Jabatan Kesihatan
· Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
No comments:
Post a Comment