Thursday, November 3, 2022

KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) ONLINE SEPENUH MASA




REENA LEARNING & DEVELOPMENT
KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) ONLINE SEPENUH MASA

TARIKH KURSUS
Tarikh : *21/11/2021 - 23/12/2021*
Hari / Masa : *Isnin-Jumaat (8.30 am - 05.30pm)*

APLIKASI YANG DIGUNAKAN
Zoom Cloud Meeting
(pastikan video serta speaker pada laptop @ phone berfungsi dengan baik)
WhatsApp & Telegram
Gmail & Google Clasroom

.
 *UJIAN AMALI PRAKTIKUM*
5hari Praktikum di TASKA
.
 *PEPERIKSAAN ATAS TALIAN* 
Tarikh ditetapkan oleh JKM

*YURAN KURSUS* 

RM800.00 tidak termasuk Buku PERMATA. Deposit RM300 dan baki RM500 dibayar secara ansuran atau dibayar penuh. Bank in ke akaun *Bank Islam 08040010050486 (TETUAN REENA LEARNING & DEVELOPMENT)*

*PEMBAYARAN YURAN*
1 Deposit RM300
2 Ansuran RM250
3 Ansuran RM250
.
LINK BORANG PENDAFTARAN KAP
Sila buat pendaftaran & pembayaran ke dalam link ini : https://forms.gle/MgKrcTDcExkpph6q9
.
ANJURAN
Reena Learning & Development dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)*
.
*Untuk makluman lanjut atau pendaftaran, sila WhatsApp* 
.
Puan Azlinda http://www.wasap.my/60189705446/daftarKAP
.
Puan Fira http://www.wasap.my/601116591724/daftarKAP
.
Puan Zu http://www.wasap.my/60195459006/daftarKAP
.
Puan Hjh Zarina http://www.wasap.my/60185730427/daftarKAP
.
Puan Yasmin http://www.wasap.my/60174819539/daftarKAP
.
Kursus *WAJIB* untuk pengusaha, penyelia, pendidik, penjaga dan pengasuh TASKA

No comments:

Post a Comment

Reena Learning & Development

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK










AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]

Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.


DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan


KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :

1. TASKA Di Institusi
· Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

2. TASKA Di Tempat Kerja
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

3. TASKA Komuniti
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
· Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

4. TASKA Di Rumah
· Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
· Dijalankan di kediaman sendiri

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.
2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
· Pihak Berkuasa Tempatan
· Jabatan Bomba dan Penyelamat
· Jabatan Kesihatan
· Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)

TINDAKAN PENGUATKUASAAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN













TINDAKAN PENGUATKUASAAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN



1. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan TIDAK Berdaftar?
- Kompaun
- Lak Premis
- Pendakwaan di mahkamah

🔴 HUKUMAN BAGI KESALAHAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN TIDAK BERDAFTAR IALAH DENDA TIDAK MELEBIHI RM 10,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.
🔴 BAGI KESALAHAN KEDUA, PENGUSAHA/PENGENDALI BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 5 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.

2. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan yang berdaftar?
- Arahan bertulis Ketua Pengarah kebajikan
- Arahan TUTUP sementara
- Kompaun
- Pendakwaan di mahkamah
- Pembatalan pendaftaran