Saturday, December 29, 2018
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN (KPM) DI SG JAWI, PENANG
Harap maaf.. Kursus Pengendalian Makanan (KPM) di Sg Jawi, Penang pada 1 Jan 2019 ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tarikh kursus akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, harap maklum & maaf dari pihak kami.
Sekiranya mahu menyertai KPM, boleh hubungi pihak kami :
Puan Raja Azlinda 018-970 5446
Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427
Reena 019-778 5028
Sekian, harap maklum & maaf dari pihak kami.
Sekiranya mahu menyertai KPM, boleh hubungi pihak kami :
Puan Raja Azlinda 018-970 5446
Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427
Reena 019-778 5028
Friday, December 28, 2018
MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN BANTUAN 28/12/2018
Majlis Penyampaian Geran Bantuan kepada 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak oleh Pengerusi KPWKM Perak, YB Puan Wong May Ing bersama Pengarah JKM Perak Puan Ruhaini Zawawi, Pengarah JPW Perak Cik S.Kavaramma dan Pengarah LPPKN Perak Cik Suraya Ghazali bersama Presiden Persatuan Taska Perak serta Reena Learning & Development pada 28/12/2018 (Jumaat).
Tuesday, December 25, 2018
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI IPOH 25/12/2018
Yuran kursus RM50 (termasuk sijil) dengan tempoh kursus selama 3jam sahaja.
Sekiranya mahu menyertai KPM, boleh hubungi pihak kami :
Puan Raja Azlinda 018-970 5446
Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427
Reena 019-778 5028
TAKLIMAT KAP DI SEBERANG JAYA, PENANG 25/12/2018
Di kesempatan ini, pihak kami Reena Learning & Development ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir meluangkan masa cuti untuk bersama-sama kami menimba ilmu dan membuat pendaftaran.
Semoga ianya membuka minda anda di luar sana agar sama-sama menyertai Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) yang akan diadakan di Seberang Jaya dan Sg Jawi.
Yuran kursus RM900 (boleh buat ansuran RM300 dengan 3x bayaran) dengan tempoh kursus selama 3 bulan pada seriap hari Sabtu & Ahad, 5 hari praktikum pada hari Isnin hingga Jumaat dan 1 hari Ujian bertulis,
Sekiranya mahu menyertai KAP, boleh hubungi pihak kami :
Puan Raja Azlinda 018-970 5446
Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427
Reena 019-778 5028
Subscribe to:
Posts (Atom)
Reena Learning & Development
-
*KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI IPOH* Tarikh : *25/12/2019 (Rabu / Cuti Krismas)* Masa : 9.00am - 12.30pm Tempat : No. 1A, Jalan Meru Best...
-
*KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI TAIPING* Tarikh : 21.4.2019 (Ahad) Masa : 8.30pg - 12.30tgh Tempat : No. 32, Tingkat 1, Jalan Medan Perw...
-
Pengusaha Taska Graduan Mukmin & Tadika Mukmin Ceria : Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427 TASKA BERDAFTAR Taska Graduan Mukm...
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.
DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.
Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan
KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :
1. TASKA Di Institusi
· Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2. TASKA Di Tempat Kerja
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3. TASKA Komuniti
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
· Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4. TASKA Di Rumah
· Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
· Dijalankan di kediaman sendiri
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.
2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
· Pihak Berkuasa Tempatan
· Jabatan Bomba dan Penyelamat
· Jabatan Kesihatan
· Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
TINDAKAN PENGUATKUASAAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN
1. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan TIDAK Berdaftar?
- Kompaun
- Lak Premis
- Pendakwaan di mahkamah
🔴 HUKUMAN BAGI KESALAHAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN TIDAK BERDAFTAR IALAH DENDA TIDAK MELEBIHI RM 10,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.
🔴 BAGI KESALAHAN KEDUA, PENGUSAHA/PENGENDALI BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 5 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.
2. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan yang berdaftar?
- Arahan bertulis Ketua Pengarah kebajikan
- Arahan TUTUP sementara
- Kompaun
- Pendakwaan di mahkamah
- Pembatalan pendaftaran