Wednesday, April 17, 2019

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI IPOH



*KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI IPOH*

Tarikh terkini : 21.4.2019 (Ahad)
Masa : 8.30pg - 12.30tgh
Tempat : No. 1, Jalan Meru Bestari A7, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh Perak (atas Restoran Nefo Station).
Yuran : RM50.00 (termasuk sijil)
📌 Bank in ke akaun Bank Islam 08040010050486 (Reena Learning & Development).
📌 Yuran TIDAK termasuk makan minum & suntikan Typhoid.
📌 Sebarang perubahan tarikh dan tempat akan dimaklumkan.
📌 Untuk peserta yang telah membuat pendaftaran dan pembayaran sahaja. Tidak boleh walk in kerana terhad pada 30org peserta sahaja.
📌 Kursus WAJIB untuk semua peniaga atau pekerja kedai makanan minuman serta Taska, Tadika & Pusat Jagaan kanak-kanak


Untuk pendaftaran, WhatsApp ;
Puan Raja Azlinda 018-970 5446
Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427
Puan Yasmin 017-481 9539
Reena 019-778 5028

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI TAIPING

*KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI TAIPING*

Tarikh : 21.4.2019 (Ahad)
Masa : 8.30pg - 12.30tgh
Tempat : No. 32, Tingkat 1, Jalan Medan Perwira, 34600 Kamunting, Taiping, Perak
Yuran : RM50.00 (termasuk sijil)
📌 Bank in ke akaun Bank Islam 08040010050486 (Reena Learning & Development).
📌 Yuran TIDAK termasuk makan minum & suntikan Typhoid.
📌 Untuk peserta yang telah membuat pendaftaran dan pembayaran sahaja. Tidak boleh walk in kerana terhad pada 30org peserta sahaja.
📌 Sebarang perubahan tarikh dan tempat akan dimaklumkan.
📌 Kursus WAJIB untuk semua peniaga atau pekerja kedai makanan minuman serta Taska, Tadika, Pusat Jagaan kanak-kanak dll.

Untuk pendaftaran, WhatsApp 📲

Puan Raja Azlinda 018-970 5446
Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427
Puan Yasmin 017-481 9539
Reena 019-778 5028

Reena Learning & Development

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK










AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]

Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.


DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan


KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :

1. TASKA Di Institusi
· Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

2. TASKA Di Tempat Kerja
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

3. TASKA Komuniti
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
· Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

4. TASKA Di Rumah
· Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
· Dijalankan di kediaman sendiri

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.
2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
· Pihak Berkuasa Tempatan
· Jabatan Bomba dan Penyelamat
· Jabatan Kesihatan
· Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)

TINDAKAN PENGUATKUASAAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN













TINDAKAN PENGUATKUASAAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN



1. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan TIDAK Berdaftar?
- Kompaun
- Lak Premis
- Pendakwaan di mahkamah

🔴 HUKUMAN BAGI KESALAHAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN TIDAK BERDAFTAR IALAH DENDA TIDAK MELEBIHI RM 10,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.
🔴 BAGI KESALAHAN KEDUA, PENGUSAHA/PENGENDALI BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 5 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.

2. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan yang berdaftar?
- Arahan bertulis Ketua Pengarah kebajikan
- Arahan TUTUP sementara
- Kompaun
- Pendakwaan di mahkamah
- Pembatalan pendaftaran