Thursday, August 29, 2019
KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) DI IPOH
MAKLUMAT TERKINI DAN TERAKHIR BAGI SESI 2019 KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) DI IPOH
Tarikh kursus (Sabtu & Ahad) :
Sept - 28 & 29
Okt - 5, 6, 12, 13, 19 & 20
Nov - 2, 3, 9, 10, 16, 17, 23, 24 & 30
Dis - 1, 7, 8, 14, 15
Masa : 8.00pg - 6.30ptg
Tempat : No. 1A, Jalan Meru Bestari A7, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh, Perak.
Tarikh Praktikum : 16, 17, 18, 19 & 20 (Isnin - Jumaat)
Yuran : RM900.00 (termasuk modul PERMATA)
📌 Cara pembayaran ;
Deposit RM300 dan baki RM600 dibayar secara ansuran semasa kursus.
📌 Bank in ke akaun Bank Islam 08040010050486 (Reena Learning & Development)
📌 Yuran TIDAK termasuk makan minum atau jamuan, pengangkutan, penginapan, kertas kerja kursus dan perkhidmatan pembersihan atau jagaan kanak-kanak.
📌 Tertakluk pada syarat dan terma yang ditetapkan oleh agensi.
📌 Sebarang perubahan tarikh dan tempat akan dimaklumkan pada peserta. Ianya akan dijalankan setelah cukup 40 orang peserta.
Untuk pendaftaran, sila WhatsApp :
Raja Azlinda 018-970 5446
Hjh Zarina 018-573 0427
Yasmin 017-481 9539
Amirah 018-470 1868
Reena 019-778 5028
👩🏫 Klik sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran ;
https://chat.whatsapp.com/HnhFZXm46bd90BeXdQcX0r
Subscribe to:
Posts (Atom)
Reena Learning & Development
-
*KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI IPOH* Tarikh : *25/12/2019 (Rabu / Cuti Krismas)* Masa : 9.00am - 12.30pm Tempat : No. 1A, Jalan Meru Best...
-
*KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI TAIPING* Tarikh : 21.4.2019 (Ahad) Masa : 8.30pg - 12.30tgh Tempat : No. 32, Tingkat 1, Jalan Medan Perw...
-
Pengusaha Taska Graduan Mukmin & Tadika Mukmin Ceria : Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427 TASKA BERDAFTAR Taska Graduan Mukm...
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.
DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.
Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan
KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :
1. TASKA Di Institusi
· Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2. TASKA Di Tempat Kerja
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3. TASKA Komuniti
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
· Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4. TASKA Di Rumah
· Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
· Dijalankan di kediaman sendiri
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.
2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
· Pihak Berkuasa Tempatan
· Jabatan Bomba dan Penyelamat
· Jabatan Kesihatan
· Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
TINDAKAN PENGUATKUASAAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN
1. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan TIDAK Berdaftar?
- Kompaun
- Lak Premis
- Pendakwaan di mahkamah
🔴 HUKUMAN BAGI KESALAHAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN TIDAK BERDAFTAR IALAH DENDA TIDAK MELEBIHI RM 10,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.
🔴 BAGI KESALAHAN KEDUA, PENGUSAHA/PENGENDALI BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 5 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.
2. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan yang berdaftar?
- Arahan bertulis Ketua Pengarah kebajikan
- Arahan TUTUP sementara
- Kompaun
- Pendakwaan di mahkamah
- Pembatalan pendaftaran