KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP) DI SG PETANI 15 FEB - 28 APRIL 2019
Tarikh kursus (Jumaat & Sabtu) :
Feb : 15, 16, 22 & 23
Mac : 1, 2, 8, 9, 15, 16, 22, 23, 29 & 30
Apr : 5, 6, 12, 13, 19, 20, 26 & 27
Masa : 8.00pg - 6.30ptg
Tarikh Ujian Amali (Ahad - Khamis) : 14, 15, 16, 17 & 18 April 2019
Tarikh Ujian Bertulis : Akan dimaklumkan
Tempat kursus : No. 10-4A, Tingkat 1, Taman Cindaijaya, 08000 Sg Petani, Kedah
Yuran kursus : RM900 (termasuk modul PERMATA)
Bayaran 1 : RM300 (31/01/2019)
Bayaran 2 : RM300 (28/02/2019)
Bayaran 3 : RM300 (31/03/2019)
* Bank in ke akaun Bank Islam 08040010050486 (Reena Learning & Development)
* Yuran TIDAK termasuk makan minum atau jamuan, pengangkutan, penginapan, kertas kerja kursus dan perkhidmatan pembersihan atau jagaan kanak-kanak.
* Tertakluk pada syarat dan terma yang ditetapkan.
* Sebarang perubahan tarikh dan tempat akan dimaklumkan
Untuk makluman lanjut dan pendaftaran, sila whatsapp :
Puan Raja Azlinda 018-970 5446
Puan Hjh Zarina Jan 018-573 0427
Reena 019-778 5028
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Reena Learning & Development
-
*KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI TAIPING* Tarikh : 21.4.2019 (Ahad) Masa : 8.30pg - 12.30tgh Tempat : No. 32, Tingkat 1, Jalan Medan Perw...
-
*KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN DI IPOH* Tarikh : *25/12/2019 (Rabu / Cuti Krismas)* Masa : 9.00am - 12.30pm Tempat : No. 1A, Jalan Meru Best...
-
REENA LEARNING & DEVELOPMENT KURSUS ASUHAN PERMATA (KAP) ONLINE SEPENUH MASA TARIKH KURSUS Tarikh : * 21/11/2021 - 23/12/2021* Hari / Ma...
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.
DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.
DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR
“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.
Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.
Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan
KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :
1. TASKA Di Institusi
· Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2. TASKA Di Tempat Kerja
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3. TASKA Komuniti
· Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
· Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
· Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4. TASKA Di Rumah
· Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
· Dijalankan di kediaman sendiri
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.
2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
· Pihak Berkuasa Tempatan
· Jabatan Bomba dan Penyelamat
· Jabatan Kesihatan
· Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
TINDAKAN PENGUATKUASAAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN
1. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan TIDAK Berdaftar?
- Kompaun
- Lak Premis
- Pendakwaan di mahkamah
🔴 HUKUMAN BAGI KESALAHAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN TIDAK BERDAFTAR IALAH DENDA TIDAK MELEBIHI RM 10,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.
🔴 BAGI KESALAHAN KEDUA, PENGUSAHA/PENGENDALI BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000.00 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 5 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA.
2. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan kepada TASKA dan Pusat Jagaan yang berdaftar?
- Arahan bertulis Ketua Pengarah kebajikan
- Arahan TUTUP sementara
- Kompaun
- Pendakwaan di mahkamah
- Pembatalan pendaftaran
No comments:
Post a Comment